FACULTY OF ARCHITECTURE AND EKISTICS
Universiti Malaysia Kelantan

Program Corporate Social Responsibility (CSR) Nature and Beach Care


Program Corporate Social Responsibility (CSR) `Nature and Beach Care' anjuran Jabatan Senibina Dalaman dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Melawi telah diadakan di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan pada 29 Januari 2022 dengan jayanya. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tanggungjawab sosial terhadap penjagaan kebersihan alam sekitar serta dapat memantapkan jati diri dan mengeratkan silaturrahim bersama komuniti setempat. Program ini juga dapat memupuk perasaan sayang terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar. Program ini telah melibatkan seramai 9 orang pensyarah, 4 orang pentadbir dan 31 orang pelajar daripada Jabatan Senibina Dalaman. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan yang turut disertai oleh pensyarah dan pentadbir. Setelah selesai program membersihkan pantai, aktiviti lakaran `sketching¿ yang bertemakan persekitaran Pantai Melawi turut diadakan untuk pelajar mengaplikasikan teknik lakaran yang telah dipelajari dan pada masa yang sama dapat memupuk perasaan sayang terhadap alam sekitar. Program telah berjalan dengan jayanya. Well Done SGD Team!
Date: 29-Jan-2022